Memey Hadiahkan Norman Jam Tangan Cerruti 1881

KUALA LUMPUR – Aktor Norman Hakim mendapat kejutan pada majlis ulang tahun kelahirannya apabila menerima hadiah berupa sebuah jam tangan jenama Cerruti 1881 di Hard Rock Cafe di sini baru-baru ini.

Menurut duda pelakon Abby Abadi yang kini berusia penghujung 30-an berkata, dia terharu dan tidak menyangka dengan kejutan daripada isterinya itu selepas mereka berkahwin pada September tahun lalu.

“Saya terharu dengan kejutan dan hadiah yang cukup bermakna ini. Saya kini semakin bahagia hidup bersama Memey, malah pada masa sama saya juga sudah bersedia untuk menimang anak bersama isteri saya itu,” katanya.

Sementara itu, Memey yang turut ditemui di samping 3 anak tirinya iaitu hasil perkongsian hidup Norman dan Abby mencelah, dia juga sudah diberi ‘lampu hijau’ oleh suaminya itu untuk berbadan dua.

“Sebelum ini kami merancang tetapi sekarang abang Norman sudah pun bersedia utuk melihat saya mengandung. Tetapi sebelum itu, dia suruh berlakon puas-puas kerana selepas ada anak nanti senang saya beri tumpuan pada keluarga,” ujarnya.

sumber: mynewshub.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • harga jam cerruti
  • harga jam cerruti 1881
  • harga jam tangan cerruti 1881 original
  • harga jam tangan cerruti 1881
  • harga jam cerruti 1881 malaysia
  • harga jam cerruti 1881 original
  • harga jam tangan cerruti 1881 malaysia
  • jam tangan cerruti 1881 terbaru
  • original cerruti 1881
  • jam tangan cerutti
Sumber
Terbaek dari GuaBlog.com, Amekaw!