Bangunan gergasi AS terdapat kecacatan


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Agensi yang membina bangunan One World Trade Centre bagi menggantikan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) yang runtuh akibat serangan pengganas pada 11 September 2001 di sini menyatakan kelemahan dalam reka bentuk bangunan menyebabkan pihaknya terpaksa menampung kos tambahan berjumlah ratusan juta dolar, lapor agensi berita AP.

Pada Isnin lalu, akhbar Wall Street Journal melaporkan kos pembinaan bangunan One World Trade Center kini mencecah AS$3.8 (RM11.5 bilion), AS$700 juta (RM2.1 bilion) lebih tinggi berbanding anggaran asal pada 2008.

Agensi yang membina pencakar langit baharu berkenaan, Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey kelmarin memberitahu, dek pemunggahan barang di bawah One World Trade Center tidak dapat disiapkan mengikut jadual bagi membolehkan penyewa memindahkan peralatan mereka ke dalam menara setinggi 104 tingkat itu dan setinggi 541 meter.

Masalah itu berpunca daripada stesen sementara yang dibina untuk laluan bawah tanah Pihak Berkuasa Pelabuhan Trans Hudson.

Stesen sementara itu tidak dapat dirobohkan bagi membina dek pemunggahan itu sehingga stesen tetap Pihak Berkuasa Pelabuhan Trans Hudson siap dibina.

Namun, menurut Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey, pihaknya yakin dapat menyiapkan One World Trade menjelang 2013.

Bangunan berkembar WTC runtuh selepas dua pesawat yang dirampas pengganas merempuh bangunan berkenaan sehingga mengakibatkan lebih 3,000 orang mati. – Agensi

sumber: kosmo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • gambar bangunan
Sumber
Terbaek dari GuaBlog.com, Amekaw!