Berlian merah jambu ditemui

SYDNEY - Gergasi perlombongan Rio Tinto semalam menyatakan pihaknya menemui batu berlian merah jambu 12.76 karat di Australia.

Ia merupakan berlian merah jambu terbesar pernah ditemui di negara berkenaan.

Dinamakan Argyle Pink Jubilee, batu berlian besar itu ditemui di lombong berlian merah jambu Argyle di Kimberley, Australia Barat.

Rio Tinto dalam satu kenyataan memberitahu, masa selama 10 hari diperlukan bagi memotong dan mengilat batu permata berkenaan.

“Kami semua teruja dengan penemuan berlian ini yang jarang-jarang ditemui,” kata Ketua Divisyen Berlian Merah Jambu Argyle, Josephine Johnson.

“Berlian seperti ini ditemui sekali dalam tempoh 26 tahun dan mungkin tidak akan ditemui lagi.

“Individu yang dapat memakai berlian merah jambu ini sudah tentu amat bertuah,” tambahnya.

Menurut kenyataan Rio lagi, harga berlian Argyll tersebut dianggar lebih AS$10 juta (RM30.3 juta) berdasarkan berlian merah jambu berkualiti tinggi yang dijual pada harga AS$1 juta (RM3 juta) untuk setiap karat. – AFP

sumber: kosmo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sumber
Iklan teks [RM7]: MENCARI DUIT SAMPINGAN? Peluang anda ada disini lihat di www.d2o4all.com/kaluduitmasyuk anda akan dibantu. Sertai sekarang!! 
Terbaek dari GuaBlog.com, Amekaw!