Panduan memilih baju untuk remaja

Gambar hiasan

REMAJA hari ini memang gemar menampilkan fesyen yang menarik dan sentiasa mengikut trend terkini. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, mereka pasti ingin tampil bergaya di hadapan teman-teman.

Pelbagai fesyen boleh digayakan mengikut kesesuaian majlis atau bentuk tubuh namun harus diingat pemilihannya tidak keterlaluan.

Terdapat beberapa panduan memilih baju yang sesuai:

1- Untuk remaja, buat pertimbangan bentuk badan sebelum memilih pakaian yang dapat menyembunyikan kekurangan dan menonjolkan kelebihan pada tubuh.

2- Perhatikan fabrik yang digunakan sama ada selesa atau tidak ketika dipakai dan sesuaikan mengikut aktiviti atau majlis yang ingin dihadiri bagi meningkatkan keyakinan diri ketika dalam khalayak ramai.

3- Sebaiknya hindari penampilan yang berlebihan atau meniru gaya
dewasa, sebaliknya pilih pakaian yang dapat mencerminkan keperibadian positif diri.

4- Pilih pakaian berwarna cerah dan sesuai dengan kulit yang boleh dipadankan dengan warna semula jadi. Misalnya, baju berwarna terang seperti merah dipadankan dengan seluar atau skirt rona hitam atau putih.

5- Cari maklumat di Internet atau majalah mengenai fesyen terkini dan jika dipertimbangkan sesuai, boleh mencuba. Misalnya, bagi tubuh berbentuk lurus dan jam pasir, seeloknya pilih baju yang mementingkan bahagian pinggang.

Bagi mereka yang berbadan gempal, pemakaian gaun panjang membuatkan anda kelihatan tenggelam.

Jadi, cara selamat pilih gaun yang sederhana panjang dan tidak terlalu ketat.

6- Fesyen yang menarik tidak semestinya berharga mahal tetapi mengikut kebijaksanaan teknik suai padan.

sumber: hmetro.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • gambar awek bogel
  • fesyen remaja terkini
  • fesyen baju terkini
  • fesyen terkini remaja
  • fesyen baju terkini remaja
  • baju remaja terkini
  • style baju remaja terkini
  • fesyen terkini remaja perempuan
  • fesyen remaja terkini 2012
  • fesyen baju remaja terkini
Sumber
Iklan teks [RM7]: MENCARI DUIT SAMPINGAN? Peluang anda ada disini lihat di www.d2o4all.com/kaluduitmasyuk anda akan dibantu. Sertai sekarang!! 
Terbaek dari GuaBlog.com, Amekaw!