Kurt Cobain hasilkan album ketika bunuh diri


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Vokalis utama kumpulan Nirvana, mendiang Kurt Cobain menghasilkan sebuah album solo ketika dia membunuh diri pada tahun 1994, dedah seorang bekas pemain gitar kumpulan Hole, Eric Erlandson.

Dia berkata demikian dalam satu temu bual bersama saluran televisyen muzik Fuse.

Erlandson, 49, ialah bekas anggota kumpulan Hole yang ditubuhkan oleh balu Cobain, Courtney Love.

“Itu yang benar-benar sedang dilakukannya, sebuah album solo tetapi dia juga bekerja dengan orang lain,” kata Erlandson.

Menurutnya, Cobain menulis dan menghasilkan beberapa lagu mengatasi karyanya sebelum ini.

“Ia mungkin White Album. Saya begitu teruja dengan sesetengah lagu yang dihasilkannya.

“Saya pernah melihat dia menyanyikan lagu itu di depan saya. Sebab itulah saya amat sedih apabila dia meninggal dunia,” tambah Erlandson.

Erlandson berkata demikian kepada Fuse minggu lalu selepas dia menerbitkan sebuah buku mengenai hubungannya dengan Cobain berjudul Letters to Kurt.

Katanya, sebuah album Cobain daripada beberapa rakaman demo masih boleh diterbitkan.

Cobain membunuh diri pada usia 27 tahun ketika kemuncak kejayaan kumpulan muzik grunge itu. – AFP

sumber: kosmo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • kumpulan legacy
  • gambar nirvana
  • kumpulan nirvana
  • cerita hantu kurt cobain
  • kisah kurt cobain dan rakaman album nirvana
  • kumpulan foto nirvana
Sumber
Terbaek dari GuaBlog.com, Amekaw!