Saf Sembahyang Berjemaah Yang Betul

Setiap kali kita ingin mendirikan solat berjemaah, Imam sudah semestinya akan mengingatkan para jemaah supaya merapatkan saf di antara satu sama lain. Namun demikian, ada juga yang tidak mengendahkan peringatan tersebut. Maka apa yang terjadi adalah saf jemaah tidak terurus. Namun ada yang bertanya apakah hukum sembahyang jemaah jika saf terputus. Jom ikuti persoalan di bawah ini.

Soalan :

Assalamualaikum,
Ingin saya bertanya tentang seseorang yang bersembahyang berjemaah tetapi tidak berada di dalam saf, atau sengaja membiarkan saf terputus (kosong).

1. Apakah hukum sembahyang bagi jemaah yang terputus safnya.
2. Apakah cara terbaik untuk kita memberitahu makmum tersebut supaya merapatkan saf.

Terima kasih. Wassalam.

Jawapan :

1. Hukum sembahyang berjemaah sah tetapi kurang sempurna.

2. Cara memberitahu makmum mengenai merapatkan saf melalui teguran secara bijaksana bukan dengan cara kasar. Sekiranya ada ruang dan masa adalah lebih baik maklumkan tentang kebaikan merapatkan saf dan kekurangan jika tidak mematuhi sebagaimana yang diajar oleh Islam.

sumber: melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • cara solat jemaah suami isteri
  • cara solat berjemaah suami isteri
  • saf solat
  • solat berjemaah suami isteri
  • cara solat berjemaah
  • gambar solat berjemaah
  • saf solat berjemaah
  • panduan solat berjemaah suami isteri
  • cara solat berjemaah bersama isteri
  • cara sembahyang berjemaah suami isteri
Sumber
Terbaek dari GuaBlog.com, Amekaw!