Apabila timbul persengketaan di antara pasangan suami isteri, mulalah masing-masing seakan menyesali dengan perkahwinan. Tambahan pula, ada juga yang menyesali kerana suaminya tidak bertanggungjawab.

Dalam perkahwinan jika berlakunya persengketaan di antara suami dan isteri, sudah pasti ada di antara mereka mungkin akan menyesali perkahwinan tersebut. Masing-masing cuba menyalahkan dan seolah-olah tidak dapat menerima kekurangan pasangan. Namun bolehkah kita menyesali dalam perkahwinan. Ikuti soal jawab ini dalam bab hukum menyesali perkahwinan.
Soalan:
Apakah hukumnya jika dalam satu-satu masa kita menyesali akan perkahwinan kita dengan suami yang sentiasa leka dengan hal dunia; jarang-jarang sembahyang dan berpuasa. Perasaan itu datang kerana kita mengharapkan dia boleh membimbing kita dan anak-anak kearah dunia dan akhirat? Apakah ayat yang sesuai diamalkan supaya suami sentiasa mengingati Allah?
Jawapan:
Tidak wajar kepada seseorang itu menyesali perkahwinannya dengan seseorang khasnya apabila suami yang diharapkan dapat membimbing isteri tidak melaksanakan tugasnya dengan baik. Ini kerana perkahwinan tidak bersalah. Yang bersalah ialah suami yang tidak melaksanakan tanggungjawab.
Kerana itu apabila suami tidak berbuat demikian, tidak wajar isteri melahirkan penyesalannya kerana berkahwin dengan beliau, sebaliknya hendaklah diusahakan cara yang boleh menyedarkan suami beliau itu seperti dengan bersolat hajat, meminta nasihat dari orang alim, membuat aduan kepada Qadi dan lain-lain. Kegagalan suami melaksanakan tanggungjawabnya itu adalah sebahagian dari kerosakan rumahtangga yang harus dibaiki dengan segera. Inilah rahsianya kenapa Islam menyuruh seseorang itu memilih suami yang ada agama, bukan yang hensem sahaja.
Untuk mendapatkan ayat dan kaedah yang sesuai yang boleh digunakan bagi mendorong suami terlibat supaya sentiasa mengingati Allah.
sumber: melayukini.net
Incoming search terms:
- suami tidak bertanggung jawab
- hukum suami tidak bertanggung jawab
- suami tidak bertanggungjawab
- suami tak bertanggung jawab
- suami yang tidak bertanggung jawab
- menyesal kahwin
- hukum suami tak solat
- suami yang tak bertanggung jawab
- suami tak bertanggungjawab
- suami menyesal berkahwin













