Ponteng sekolah untuk berzina dengan kekasih di rumah sendiri

Georgetown – Ketika umat Islam bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat, seorang remaja lelaki 16 tahun bersama pasangannya yang berusia 17 tahun, asyik memadu asmara di bilik tidur rumah gadis berkenaan di Kepala Batas dekat sini, Jumaat lalu.

Remaja perempuan itu mengambil kesempatan ketiadaan bapanya yang keluar bekerja untuk membawa teman lelakinya masuk ke dalam rumah.

Difahamkan, gadis berkenaan kerap membawa teman lelakinya itu ke rumah, namun kejadian Jumaat lalu, mereka dicekup sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 12:15 tengah hari.

Ketika dicekup, kedua-duanya yang ponteng sekolah, mengaku baru selesai melakukan hubungan seks dan pemeriksaan mendapati remaja lelaki itu hanya memakai seluar pendek tanpa seluar dalam.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, hasil maklumat awam pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah berkenaa dan menemui seluar sekolah lelaki itu dalam bakul di bilik gadis berkenaan.

“Melalui siasatan, remaja perempuan itu mengaku mengambil teman lelakinya di Teluk Air Tawar dan membawa ke rumah ketika ketiadaan bapanya.

“Dia turuk mengaku sudah dua tahun menjalin hubungan dengan lelaki itu dan kerap melakukan hubungan seks,” katanya.

Khairul Azman berkata, mereka ditahan kerana tidak mempunyai hubungan mahram yang sah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 yang sabit kesalahan boleh didenda RM 3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

sumber: informasi.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • budak sekolah berzina
  • melayu berzina
  • melayu zina
  • melayu terlanjur
  • budak melayu terlanjur
  • video melayu berzina
  • budak sekolah terlanjur
  • video melayu terlanjur
  • remaja melayu berzina
  • gadis melayu terlanjur
Sumber
Iklan teks [RM7]: MENCARI DUIT SAMPINGAN? Peluang anda ada disini lihat di www.d2o4all.com/kaluduitmasyuk anda akan dibantu. Sertai sekarang!! 
Terbaek dari GuaBlog.com, Amekaw!