Gambar: ‘Jari Kreatif’ Cara Hiburan Baru

Kreativiti tidak pernah menghalang seseorang untuk menghasilkan sesuatu yang unik.

Jari adalah salah satu bahagian badan manusia yang paling berguna kerana tanpa jari sukar untuk kita melakukan tugasan seharian.

Ramai yang berfikir jari hanya boleh melakukan kerja seharian dan ada orang yang menggunakan jari untuk menghasilkan kerja-kerja kreatif.

Sebaliknya, hanya segelintir sahaja yang dapat berfikir untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dengan menggunakan jari sebagai objek utama.

Pernahkah anda bayangkan jari anda adalah orang ataupun watak kartun?

Mereka yang kreatif telah melukis pada jari dan menjadikannya sebagai bahan kreatif untuk mewakili orang ataupun figura yang membawa mesej tertentu.

Pastinya anda akan tersenyum sendiri tatkala melihat gambar-gambar kreatif yang lucu dan mengagumkan serta tidak pernah kita sangkakan.



Oleh: HARITS ASYRAF

sumber” mynewshub.my

Incoming search terms:

  • gambar kreatif lucu
  • gambar jari lucu
  • gambar sesuatu
  • jari katun sedih