Malaysia di Tempat ke-110 Negara Paling Gagal di Dunia

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh The Fund for Peace (FFP), Malaysia berkedudukan di tempat ke-110 sebagai negara paling gagal di dunia.

Data ini dikeluarkan FFP dalam laman web rasminya http://www.fundforpeace.org, pada awal bulan ini.

Daripada 178 buah negara, Malaysia menduduki urutan ke-110 negara paling gagal. Atau dalam erti kata lain, Malaysia adalah negara ke-68 paling berjaya di dunia. Indeks Negara Gagal ini adalah edisi tahunan ke-8 yang menyoroti tekanan politik, ekonomi, dan sosial global yang dialami negara.

Tahun ini, negara paling gagal di dunia di tempat pertama adalah Somalia, dengan alasan perlanggaran undang-undang yang meluas, pemerintah tidak efektif, keganasan, pemberontakan, dan serangan lanun terhadap kapal-kapal asing.

Sementara itu, Finland menjadi negara di tempat terakhir dalam senarai itu, atau dalam erti kata lain menjadi negara paling tidak gagal di dunia pada 2012. Disusuli negara tetangganya, Sweden dan Denmark, di tempat kedua dan ketiga.

Tiga negara ini dinilai baik dari indikator sosial dan ekonomi yang kuat, perkhidmatan awam yang sangat baik, serta menghormati hak asasi manusia dan berpegang kepada undang-undang.

Senarai 178 negara gagal ini dibuat berdasarkan 12 indikator, dan lebih dari 100 sub-indikator, termasuk isu-isu seperti pembangunan tidak sekata, legitimasi negara, dan hak asasi manusia. Setiap indikator dinilai pada skala 1-10, berdasarkan analisis dari jutaan dokumen yang tersedia untuk orang awam, data kuantitatif lain, dan penilaian oleh para analis.

Di kawasan Asia Tenggara, Malaysia kalah kepada Brunei Darussalam (123) dan Singapura (157), tetapi berada di hadapan Thailand (84), Vietnam (96), Indonesia (63), Myanmar (21), Timor Leste (28), Kamboja (37), Laos (48), dan Filipina (56).

sumber: fundforpeace.org

Incoming search terms:

  • negara paling cantik di dunia
  • tempat paling cantik di dunia
  • malaysia negara gagal
  • tempat paling indah di dunia
  • senarai negara paling biadap di dunia
  • tempat paling pelik di dunia
  • negara yang paling cantik di dunia
  • negara paling cantik
  • tempat cantik di dunia
  • tempat paling cantik di malaysia