Mengapa Ayam Berkokok Setiap Pagi? (Menarik!)

Mengapa ayam jantan selalu berkokok ketika hampir menjelang subuh, bahkan sebelum matahari muncul di ufuk Timur? Pernahkah anda terfikir? Menurut satu kajian yang dilakukan baru-baru ini, ianya ada kaitan dengan jam ‘alarm’ semulajadi yang dimiliki ayam jantan.

Menurut earthsky.org, ayam jantan berkokok kerana memiliki jam ‘dalaman’ yang membantunya mendahului terbitnya matahari. Seperti halnya burung, ayam jantan bernyanyi atau berkokok dalam kitaran (siklus) harian.

Hampir semua haiwan memiliki kitaran harian masing-masing dari kegiatan yang dikenali sebagai circadian (circadian rhythm). Ini adalah ritma biologi pada haiwan, yang mengikuti kitaran siang dan malam.

Ayam jantan mendahului matahari terbit untuk mendahului aktiviti mencari makanan sehari-hari dan juga untuk pertahanan wilayah. Namun, jika satu ayam jantan yang lain memiliki jam dalaman yang telah diatur sedikit lebih awal, ini dapat merangsang ayam jantan lain untuk berkokok lebih awal juga.

Kokokan ayam jantan ketikat matahari terbit sebenarnya adalah suatu cara untuk “membangun kekuasaan” wilayahnya. Ketika ayam berkokok, ia mengirimkan isyarat kepada ayam jantan yang lain bahawa jika melanggar, bererti mereka minta untuk bergaduh.

sumber: anehdidunia.blogspot.com

Incoming search terms:

  • kenapa ayam berkokok
  • koleksi cerita rakyat ayam berkokok pagi
  • ayam berkokok
  • ayam jantan berkokok
  • gambar ayam jantan
  • ayam Jantan
  • gambar ayam jantan berkokok
  • ayam jantan menarik
  • cerita ayam berkokok pagi
  • dongeng ayam berkokok pagi