Ngeri! Kisah Mayat Merasa ‘Hidup’ Selepas Mati

Post ini telah dilihat sebanyak 17,217 kali

Pernah dengar kisah orang yang sudah mati hidup semula?

Kalau bagi sesetengah pihak yang taksub dengan kepercayaan dan semangat hidup, mereka percaya orang yang sudah mati boleh hidup semula itu adalah benar.

Lebih-lebih lagi bagi sesetengah etnik atau kaum di sesebuah negara yang mengamal kuat budaya dan kepercayaan ‘halus’.

Di Indonesia, wilayah Toraja iaitu kawasan Baruppu, Rinding Allo Toraja Utara mempunyai kepercayaan mereka sendiri.

Masyarakat di Baruppu nyatanya mempunyai amalan tadisi yang diamalkan sejak zaman nenek moyang mereka lagi.

Mereka hakikatnya taksub mengamalkan amalan atau ritual ‘Ma’nene’’ yang dilakukan setiap tahun.

Apa sebenarnya ritual Ma’nene’?

Ritual ma’nene’ adalah upacara meraikan ahli keluarga yang telah mati dengan tujuan mewujudkan rasa kasih dan cinta walaupun roh telah berpisah dari jasad.

Setiap tahun bulan Ogos, ahli keluarga si mati akan menggali semula kubur-kubur si mati dan mengeluarkan mayat si mati walaupun ada yang hanya tinggal tulang sahaja.

Kemudian, mayat si mati akan dibawa ke satu kawasan yang lapang di mana seluruh ahli keluarga sudah pun berkumpul menantikan kehadiran ‘roh baru’.

Selepas itu, ahli keluarga yang hidup akan menukarkan pakaian lama si mati dengan yang baru dan memperlakukan si mati seolah-olah dia masih lagi hidup.

Malah, mereka akan berbual bersama-sama si mati seperti bertanyakan khabar dan bertukar cerita mengenai kehidupan masing-masing.

Ritual seperti ini dilakukan kerana ingin mengekalkan rasa kasih dan sayang dengan si mati serta masih lagi merasakan si mati itu ahli keluarga mereka yang masih hidup.

Masyarakat Baruppu percaya, sekiranya mereka menjaga ‘kebahagian’ si mati, si mati juga akan menjaga keamanan dan ketenteraman keluarganya yang masih lagi hidup.

Ahli keluarga yang hidup turut percaya, si mati akan menjaga kewangan, hasil tanaman, keadaan rumah tangga yang harmoni akan terjaga sekiranya ritual ma’nene’ itu diamalkan setiap tahun.

Pelik bukan?

Oleh: NAIMAH SHAARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • cerita ngeri
  • gambar mayat ngeri
  • kisah ngeri
  • kisah ngeri di malaysia
  • kisah kehidupan rumah tangga
  • mayat hidup di indonesia
  • foto mayat ngeri
  • ngeri
  • cerita mayat hidup
  • kisah hidup rumah tangga
Sumber
Iklan teks [RM7]: ISTERI PASTI SUKA SUAMI TAHAN LAMA ! 
Iklan teks [RM7]: ** Mencari Kerja Sambilan Di Rumah? (Klik Sini) 
Iklan teks [RM7]: RM50 menjadi 5+++ walupun anda sedang tidur klik sini 
Iklan teks [RM7]: Hanya klik untuk dapat duit, senang je! Tak percaya boleh cuba, percuma je.. 

Terbaek dari GuaBlog.com, Amekaw!