BR1M: Pendaftaran BR1M 2.0 Bermula 1 November Ini


PUTRAJAYA – Pendaftaran bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 akan bermula pada 1 November ini, umum Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Isnin.

Beliau berkata tempoh selama dua bulan diberikan bagi membolehkan orang awam mendaftar di Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pejabat daerah bermula daripada tarikh berkenaan.

“Bagi mereka yang pernah menerima BR1M mereka tidak perlu mendaftar sekali lagi kerana mereka akan mendapatnya secara automatik.

“Pendaftaran ini adalah bagi mereka yang tercicir sebelum ini dan orang bujang berusia 21 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan RM2,000 dan ke bawah,” katanya

Ahmad Husni berkata kerajaan merancang untuk memberikan BR1M pada awal tahun hadapan.

Pada pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan kerajaan sedia menyambung pemberian BR1M 2.0 kepada penerima sedia ada dan baru serta individu yang belum berkahwin yang memiliki pendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • br1m lesen motosikal
  • br1m lesen memandu
  • br1m lesen
  • lesen br1m
  • br1m lesen motor
  • lesen memandu br1m
  • borang permohonan lesen br1m
  • lesen motor br1m
  • br1m lesen b2
  • borang br1m lesen
Sumber
Terbaek dari GuaBlog.com, Amekaw!