Pelik! Bebola Mata Gergasi Ditemui Di Pantai Florida (3 Foto)


Penduduk di Florida gembar apabila ada individu telah menjumpai bebola mata gergasi di pesisir pantai Florida. Kemunculan bebola mata ini menyebabkan timbulnya pelbagai persepsi.

Jika kita lihat bebola mata gergasi ini, ia seolah-olah seperti mata ikan. Namun saiz yang agak luar biasa telah mendatangkan pelbagai andaian daripada semua pihak. Ia sememangnya amat mengejutkan dengan bentuk yang agak pelikdan bersaiz besar. Mana tidaknya kemunculan bebola mata gergasi berwarna biru di pantai Florida Selatan telah mencetuskan tanda tanya banyak pihak selepas gambarnya dimuat naik ke dalam internet. Jom lihat gambar di bawah ini.

Pembantu profesor untuk program sains marin di Universiti Antarabangsa Florida, Heather Bracken-Grissom berkata, hasil pemerhatian awal mereka mendapati objek misteri itu mungkin spesies sotong yang hidup di laut dalam atau ia adalah spesies ikan todak yang besar.

Difahamkan, bola mata gergasi itu ditemui oleh seorang penduduk tempatan semasa dia bersiar-siar di sepanjang pantai Pompano utara Fort Lauderdale pada Rabu lalu.

Menurut Heather, perubahan suhu dunia turut memberi kesan kepada laut dan keadaan tersebut mungkin telah menyebabkan kemunculan beberapa spesies hidupan laut dalam yang tidak pernah dilihat sebelum ini di pesisir pantai.

“Kanta bebola mata objek misteri itu menyerupai bentuk mata sotong di laut dalam.Ia boleh membesar seperti saiz sebuah bola sepak.

Misteri bola mata gergasi tersebut akan terjawab selepas kami selesai menjalankan kajian ke atasnya di Institut Penyelidikan Hidupan Liar dan Akuatik Florida di St Petersburg,” jelasnya.

sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • objek misteri di sabah
  • objek pelik di sabah
  • objek misteri di gua sabah
  • objek misteri ditemui di sabah
  • binatang pelik di gua sabah
  • objek misteri dalam gua di Sabah
  • objek misteri sabah
  • objek pelik di gua
  • objek pelik ditemui di sabah
  • gambar berkata
Sumber
Terbaek dari GuaBlog.com, Amekaw!