Syarat-Syarat Untuk Permohonan Rebat RM200

Dalam perbentangan Bajet 2013 tempoh hari, ada disebutkan tentang Pakej Komunikasi Belia. Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).

Pakej ini akan dilaksanakan tahun depan iaitu pada 1 Januari 2013 dan dikatakan akan memberi manfaat kepada lebih kurang 1.5 juta rakyat Malaysia khususnya. Dalam pakej ini pemberian RM 200 untuk pembelian telefon pintar akan di berikan kepada yang layak.

Antara syarat kelayakkan untuk mendapatkan rebat RM 200

  • Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
  • Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
  • Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.
  • Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.

Cara Memohon Rebat RM 200

    • Boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi, yang mana terdahulu.
    • Bagi memudahkan proses permohonan, borang pra-pendaftaran perlu diisi secara online di laman web SKMM iaitu www.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.

~ > Senarai telefon yang termasuk di dalam skim ini boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan mulai 1 Januari 2013.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • rebat telefon bimbit
  • rebet telefon bimbit
  • borang rebat telefon bimbit
  • baucer telefon bimbit
  • rebat 200 telefon bimbit
  • permohonan rebat telefon bimbit
  • syarat rebat telefon bimbit
  • borang rebet telefon bimbit
  • syarat rebat 200
  • pendaftaran rebat telefon bimbit
Sumber
Iklan teks [RM7]: MENCARI DUIT SAMPINGAN? Peluang anda ada disini lihat di www.d2o4all.com/kaluduitmasyuk anda akan dibantu. Sertai sekarang!! 
Terbaek dari GuaBlog.com, Amekaw!