Top 20 Bandaraya Terbesar di Malaysia

Tahukah anda,penarafan sesebuah bandar raya hanya sah dibuat melalui penganugerahan watikah yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong? Dan watikah itu mestilah dilengkapi dengan cop mohor kerajaan persekutuan.

Berdasarkan bancian pada 2010, berikut merupakan 20 Bandaraya dan Bandar Terbesar di Malaysia dari segi jumlah populasi.

Di antara kriteria-kriteria yang diambil kira bagi memberi taraf bandar raya kepada sesebuah bandar ialah:

  1. Sebagai sebuah pusat pentadbiran negeri;*
  2. Penduduk tidak kurang daripada 300,000 orang;
  3. Berautonomi dari segi kewangan dengan hasil pendapatan tidak kurang daripada RM 80 juta;
  4. Mengalami perkembangan dan pembangunan ekonomi yang pesat;
  5. Pusat perniagaan dan perindustrian serta mempunyai institusi kewangan yang kukuh;
  6. Merupakan pusat pengajian tinggi lengkap dengan maktab (atau Institut Pendidikan Guru), universiti dan perpustakaan;
  7. Mempunyai ciri-ciri istimewa dari segi sejarah yang panjang dan pusat aktiviti kebudayaan serta sukan yang penting
*Miri dan Petaling Jaya diberikan taraf bandar raya tanpa mengambil kira kriteria pertama.

Kriteria baru telah dicadangkan berikutan bantahan sesetengah pihak terhadap penarafan beberapa bandar kecil yang kurang membangun sebagai bandar raya pada tahun 3 Jun 2008. Kriteria tersebut menurut Timbalan Perdana Menteri ialah jumlah penduduk dinaikkan kepada 500,000 orang manakala pendapatan setahun dinaikkan kepada RM 100 juta.

Dengan pengumuman kriteria baru ini, hasrat beberapa kerajaan negeri untuk menaik taraf ibu negeri mereka sebagai bandar raya terpaksa ditangguhkan. Ibu negeri yang dikira layak dinaik taraf sebagai bandar raya mengikut kriteria lama ialah Seremban.

sumber: billyinfo.blogspot.com

Incoming search terms:

  • bandar terbesar di malaysia
  • negeri paling maju di malaysia
  • bandar termaju di malaysia
  • ranking bandar di malaysia
  • bandaraya di Malaysia
  • bandaraya terbesar di malaysia
  • negeri yang maju di malaysia
  • bandar kl
  • negeri maju di malaysia
  • senarai bandar tercantik di dunia