Senarai Menteri Kabinet Baru Malaysia 2013

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah mengumumkan Kabinet yang baru di pejabatnya di Putrajaya.

Barisan kabinet baru itu dijangka menyaksikan satu pasukan yang mampu menjana idea-idea baru untuk meneruskan agenda transformasi nasional yang dicetuskan Najib.

Menurut Perdana Menteri, barisan cabinet yang baru dilantik itu merupakan kabinet yang berimbang, campuran antara muka lama dan muka baru.

Katanya, antara ciri-ciri anggota yang dilantik juga terdiri dari kalangan teknokrat, mampu menyumbang idea-idea yang kreatif dan bernas.

Disamping itu, beliau juga berkata barisan cabinet tersebut mampu meningkatkan prestasi kerajaan dan keyakinan rakyat.

Kata Najib lagi, tumpuan juga akan diberikan kepada isu integriti dan juga isu rasuah akan diberi perhatian.

Berikut senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

Perdana Menteri  – Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri  – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
– Jamil Khir Baharom
– Abdul Wahid Omar
– Idris Jala
– Joseph Kurup
– Shahidan Kassim
– Nancy Shukri
– Paul Low

Menteri Pertahanan – Hishamuddin Hussein

Menteri Kewangan
– Najib Razak (Menteri I)
– Husni Hanadzlah (Menteri II)

Menteri Pelajaran & Pengajian tinggi
– Muhyiddin Yassin (Menteri I)
– Datuk Seri Idris Jusoh (Menteri II)

Menteri Dalam Negeri  – Zahid Hamidi

Menteri Kerja Raya – Fadillah Yusof

Menteri Pengangkutan  – (Dipangku oleh ) Hishammuddin Hussein

Menteri Luar  – Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Komunikasi dan Media – Ahmad Shabery Cheek

Menteri Belia dan Sukan – Khairy Jamaluddin

Menteri Wilayah Persekutuan – Tengku Adnan Mansor

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan – Nazri Aziz

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar – G Palanivel

Menteri Komunikasi dan Multimedia – Ahmad Shabery Cheek

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi – Douglas Unggah Embas

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani – Ismail Sabri

Menteri Kesihatan – S. Subramaniam

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi – Iwon Ebin

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air – Maximus Ongkili

Menteri Perumahan dan Kesejahteraan Bandar – Abdul Rahman Dahlan

sumber: astroawani.com

Incoming search terms:

  • jemaah kabinet malaysia 2013